Semasa

Lelaki Rempuh Isteri Lepas Kantoi ‘Berkhalwat’ Dalam Kereta Dengan Perempuan Lain

By  | 

Bila admin nampak berita ni, admin pun confuse, siapa yang curang sebenarnya ni?

Menurut Borneo Post, seorang lelaki langgar isterinya lepas dia kantoi berkhalwat dengan wanita lain dalam kereta? Eh apahal pulak sampai nak langgar bini sendiri?

Ceritanya, pada malam 29 Ogos lalu, seorang wanita berusia 53 tahun sedang berjalan pulang ke rumah dari masjid sebelum dia ternampak kereta suaminya parkir di tepi jalan di Kampung Wireless.

Bila ternampak kereta suaminya, wanita ni tergeraklah nak singgah sebab nak minta duit beli ubat. Semakin dia dekat dengan kereta suaminya, makin jelas dia nampak suaminya tak keseorangan tapi bersama seorang wanita.

Suaminya yang dah cuak dengan kehadiran isterinya ini cuba untuk melarikan diri dengan memandu pergi tapi dihalang oleh wanita itu. Panik, lelaki ini tekan minyak dan langgar isterinya hingga wanita malang ini tercampak ke tepi jalan.

Gambar Hiasan

Menurut The Star, wanita ini telah mengalami kecederaan pinggul dan dihantar ke Hospital Miri bila saksi di tempat kejadian memberitahu pihak polis.

Kalau korang nak tahu, pasangan ni dah berkahwin selama 30 tahun dan dah ada lapan orang anak. Allahu, sampainya hati dia…

Polis kini sedang mencari lelaki tersebut dan kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 307 atas kesalahan mencederakan orang lain. Jika disabit kesalahan, pakcik ni boleh dipenjarakan sekurang-kurangnya 20 tahun.

Hopefully, wanita ni boleh sihat seperti biasa dan suami dia dapat dihadapkan ke muka pengadilan.

LOBAKMERAH