Semasa

Lima Beranak Nahas Kemalangan Ngeri – Seremban

By  | 

Seorang remaja perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki maut akibat tercampak keluar daripada kenderaan dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas di Kilometer 265.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, berhampiran Bandar Ainsdale di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis, berkata siasatan awal mendapati tujuh mangsa berkenaan menaiki kereta Proton Persona dari Kuala Lumpur menuju Seremban.​​​​​​​

​​​​​​​“Sebaik tiba di lokasi, kereta itu dikatakan cuba mengelak sebuah motosikal di hadapannya sebelum hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan sebelah kanan.​​

“Kereta itu berpusing beberapa kali sebelum dilanggar sebuah bas ekspres dari arah belakang, di laluan yang sama,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, akibat rempuhan terbabit, remaja perempuan dan kanak-kanak lelaki itu tercampak keluar daripada kenderaan berkenaan.

Sehubungan itu, seorang lagi wanita, seorang kanak-kanak perempuan dan tiga kanak-kanak lelaki parah dalam kejadian berkenaan.

Katanya, bomba menerima panggilan kejadian jam 1.57 pagi sebelum tujuh anggota bersama sebuah jentera ke lokasi sebelum tiba jam 2.12 pagi.

Keadaan kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas di Kilometer 265.6, Lebuhraya PLUS, arah selatan, berhampiran Bandar Ainsdale, pada awal pagi. – Foto ihsan Bomba

“Kereta itu berpusing beberapa kali dan dilanggar sebuah bas ekspres dari arah belakang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, 29 penumpang dan pemandu bas selamat.

“Dua mayat dan lima mangsa yang parah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan masih dijalankan.

Sumber : bharian