Semasa

“Luaran dipandang hina, dlm penuh sempurna” – Mamak Suap OKU Makan Buat Netizen Tersentuh

By  | 

Tak ramai antara kita yang sanggup membantu golongan kurang upaya disaat mereka memerlukan. Malah kelibat mereka hanya dipandang jijik dan hina oleh segelintir manusia.

Namun apa yang dilakukan individu ini buatkan ramai netizen tersentuh melihatkan keperibadian yang ditunjukkan kepada insan OKU.

Respect! Mamak suap makanan kepada OKU 

Perkongsian @najib_fiqri di twitternya menarik perhatian ramai apabila dia memuatnaik status beserta gambar seorang ‘mamak’ sedang menyuap makanan kepada seorang OKU yang menikmati hidangan di kedai tersebut.

Posting yang dimuatnaik semalam berjaya mendapat lebih 15k retweets dan 10k likes. Bagaimanapun lokasi kejadian tidak dinyatakan.

Namun tindakan mulia mamak tersebut cukup menyentuh hati kepada mereka yang melihatnya..mulia budi pekerti mamak ni.

Sumber : Twitter

Rata-rata netizen respect dengan mamak tersebut. Iyelah sebelum ramai yang pandang rendah juga dekat mamak, kalau nak order makanan kat kedai makan bukan panggil elok-elok tapi buat bunyi mulut je..Alah yang bunyi macam tikus tu.

Bagi aku diorang ni bagus. Kadang-kadang disebabkan diorang masjid and surau jadi penuh.

Sumber : Twitter

Semoga lebih ramai lagi umat manusia yang ada budi pekerti mulia macam ni.

lobakmerah