Luar Negara

Marah Dipecat Manager Perempuan, Lelaki Tikam Mangsa Dengan Pisau Di Leher

By  | 

Dunia kini makin seram kan? Senang je orang sekarang bunuh orang lain macam tak ada perasaan bersalah dan takut langsung!

Terbaru di Indonesia, viral di Twitter insiden melibatkan seorang pekerja telah menikam manager perempuan gara-gara telah memecatnya dari kerja. Habis berhamburan darah kat mall tempat kejadian tu berlaku! 

“Pekerja lelaki tusuk managernya yang perempuan. Seram yah zaman sekarang” 

Menurut perkongsian tersebut, kejadian yang berlaku di Pluit Village, Penjaringan, Jakarta Utara ini melibatkan 2 orang pekerja yang dikatakan bergaduh.

Suspek yang merupakan supervisor sebuah restoran katanya tak puas hati kerana dibuang kerja telah menikam managernya di leher hingga berlumuran darah. 

Uish seram betul min tengok darah banyak-banyak kat lantai tu! Harap manager tu tak apa-apalah. 

Dunia kini makin seram kan? Senang je orang sekarang bunuh orang lain macam tak ada perasaan bersalah dan takut langsung! Terbaru di Indonesia, viral di Twitter insiden melibatkan seorang pekerja telah menikam manager perempuan gara-gara telah memecatnya dari kerja. Habis berhamburan darah kat mall tempat kejadian tu berlaku! “Pekerja lelaki tusuk managernya yang perempuan. Seram yah zaman sekarang” Menurut perkongsian tersebut, kejadian yang berlaku di Pluit Village, Penjaringan, Jakarta Utara ini melibatkan 2 orang pekerja yang dikatakan bergaduh. Suspek yang merupakan supervisor sebuah restoran katanya tak puas hati kerana dibuang kerja telah menikam managernya di leher hingga berlumuran darah. Uish seram betul min tengok darah banyak-banyak kat lantai tu! Harap manager tu tak apa-apalah.

Kes yang viral ini seterusnya mendapat perhatian media dan menurut Kompas, mangsa yang bernama Asela Rumapea, 36, itu ingin memecat suspek kerana suspek telah memukul beliau.

Geram sebab mangsa nak adukan perkara tu kepada bos mereka berdua sempat bertikam lidah sebelum suspek terus ‘blah’ pulang ke rumah untuk mengambil sebilah pisau panjang. 

Tak lama kemudian, suspek kembali ke tempat kerjanya dan mengambil pula sebilah pisau kecil di dapur restoran serta terus menikam ke leher mangsa. Allahu… mudahnya tikam menikam orang!

Dalam keadaan berdarah, Asela merayu meminta bantuan orang sekeliling di mall dan suspek, Yogi Dawamul Hidayat, 22, telah ditahan polis.

Sumber: Twitter

“Alasan kenapa gue lebih takut sama manusia daripada sama setan-setan” 

Rata-rata netizen yang melihat insiden tersebut di Twitter merasa sangat takut dengan tindakan spontan lelaki tersebut. Bagi mereka, manusia zaman sekarang sudah berubah menjadi makin menakutkan akibat tekanan hidup yang melampau.

Sumber: Twitter

“Tuh jangan seenaknya mecat-mecat orang. Apalagi perempuan nih kadang mulutnya pedas” 

Sumber: Twitter

Apa-apapun mujurlah dilaporkan mangsa dalam keadaan stabil sekarang dan dirawat di hospital.

Harap-harap mereka di luar sana ambillah iktibar daripada kejadian ini. Jangan biarkan amarah menguasai kita sampai buat perkara yang bukan-bukan macam kat atas tu. 

LOBAKMERAH