Semasa

Masalah Bankrap Menular Di Universiti Gara-Gara Masuk MLM

By  | 

Masalah kebankrapan dilihat mula menular dalam kalangan mahasiswa universiti berikutan golongan itu terpengaruh dengan skim pelaburan atau perniagaan berbentuk Multilevel Marketing (MLM).

Malah, keinginan memiliki kehidupan mewah dengan cara mudah menyebabkan golongan itu terpaksa menanggung hutang yang banyak sehingga segelintir mereka diisytihar bankrap dalam usia muda.


Lebih 30 perkara yang merangkumi aspek pengurusan wang perlu ditangani sekiranya masyarakat tidak mahu bankrap dan lebih membimbangkan apabila masalah ini turut menular dalam kalangan mahasiswa universiti.