Agama

MasyaAllah Hebat! Ramai Sebak Lihat Jemaah Ni Gigih Datang Masjid Walaupun OKU

By  | 

Pernah tak korang bayangkan, kalau orang tak boleh berjalan pun sanggup mengesot nak menunaikan terawih dan solat berjemaah di masjid. Macam mana pula dengan kita dengan sihat walafiat ni? Duduk tidur di rumah saja ke? Mesti malu kan… 

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Nasrul Mohamed telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki OKU kelihatan ‘berguling’ masuk ke dalam masjid untuk mengerjakan solat. 

“Beliau datang ke masjid dengan berguling, aku datang dengan mobil. Allahuakbar” 

Dengan penuh rasa keinsafan, Nasrul memuat naik posting bertulis,

“Allahuakbar kita yang sempurna nih ada yang tak pergi masjid” 

Kejadian yang dirakam berlaku di Masjid Kubang Kerian ini telah mendapat perhatian netizen ramai, malah Nasrul juga berkongsi foto insan istimewa ini sedang menunaikan solat sunat. Alhamdulillah… ramai yang mendoakannya. 

Sumber: Facebook

Dah hujung-hujung Ramadan ni, eloklah penuhkan masjid. Sementara badan masih kuat dan sihat. 

LOBAKMERAH