Politik

Muafakat UMNO-Pas meningkat

By  | 

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Kesangsian berhubung kerjasama antara UMNO dan Pas ditimbulkan oleh pihak yang gerun dengan penyatuan dua parti terbesar umat Islam itu.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebaliknya kerjasama antara kedua-dua parti itu bukan sahaja akan diteruskan, malah diperkasakan lagi.

Tegas beliau, dalam konteks Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, kerjasama UMNO dan Pas adalah yang terbaik berbanding PRK lain yang telah dijalankan sebelum ini.

“(Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden) Datuk Seri Mohamad Hasan telah melantik beberapa pemimpin terkanan parti untuk menganggotai satu jawatankuasa bersama untuk me­rangka tindakan susulan ke arah kerjasama yang lebih kukuh lagi menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Insya-Allah, segala usaha mereka yang sedang dihimpit kegerunan untuk menyekat dan menghancurkan solidariti ini tidak akan berhasil malah ia memperkasakan lagi keazaman, iltizam dan istiqomah kedua-dua parti Islam ini untuk terus bersolidariti dan bermuafakat demi kepentingan ummah, agama, bangsa dan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar berkeyakinan bahawa muafakat antara UMNO dan Pas merupakan satu-satunya jawapan kebejatan politik negara kini, khususnya dalam konteks penyatuan umat Islam dan orang Melayu.

Sumber : Utusan