Semasa

Murid Bawa Parang Serang Cikgu Sebab Handphone Kena Rampas

By  | 

Nakal budak sekolah zaman dulu memang meleset daripada zaman sekarang, kenakalan budak sekarang sampai boleh mengancam nyawa cikgu.

Kalau dulu paling teruk bila murid kena tangkap hisap rokok, ponteng kelas, kesalahan sahsiah rupa diri atau handphone kena rampas, kereta cikgu kena calar atau kena conteng.

Tapi yang ni teruk sangat!

Balik rumah ambil parang sabit datang sekolah minta cikgu pulangkan balik handphone

Dikatakan murid tersebut tengah main PUBG masa cikgu tengah mengajar, handphone dia kena rampas. Bengang dengan tindakan denda yang cikgu dia buat, murid tersebut balik rumah dan bawa parang sabit ke sekolah untuk serang cikgu yang rampas handphone dia.

Bagi mengelakkan kekecohan, cikgu tersebut  ‘baling’ (heret handphone tu dari jauh) kepada murid tersebut.

Sumber : Twitter

Kurang pasti lokasi terperinci, tapi kejadian ini berlaku di Indonesia. Video kejadian itu dikatakan tersebut melalui aplikasi WhatsApp di negara tersebut.

Kejadian berlaku pada 6 September 2019 lepas. Bagaimanapun murid itu dikatakan telah memohon maaf kepada guru tersebut dan dikatakan kedua-dua pihak tidak berdendam lepas tu.

Malah, guru tersebut membuat keputusan untuk tidak membuat laporan polis dan kes ni dah selesai.Bagaimanapun tindakan terhadap murid tersebut tetap dijalankan.

Seram – Netizen

Selepas video tu viral di Twitter ramai netizen yang rasa gerun dengan budak-budak sekolah zaman sekarang.

Ketagihan PUBG sampai sanggup jadi begini eh? Senakal-nakal admin tak adalah sampai jadi nak bawa senjata tajam bila marah dekat cikgu.

LOBAKMERAH