Hiburan

Nabila Huda Mohon Maaf

By  | 

Pengguna laman sosial Twitter hangat memperkatakan tindakan Nabila Huda ‘mengamuk’ setelah menerima review negatif berkenaan kualiti servis di gerai makan diusahakannya.

Ramai yang tidak bersetuju dengan Nabila atau Abil itu kerana menganggap pelanggan mempunyai hak untuk memberi komen.

Nabila juga menerusi Twitter akhirnya memohon maaf atas keterlanjurannya membalas tweet komen negatif pelanggan yang tidak berpuas hati menunggu 2 jam untuk mendapatkan makanan di gerainya.

Tambah Nabila, dia bersimpati dengan apa yang berlaku dan mengatakan hanya 2 hingga 3 peratus sahaja yang tidak berpuas hati dengan kualiti di gerainya itu, selebihnya tidak bermasalah.

Ujarnya lagi, dia juga meminta maaf kerana tidak perasan untuk meminta maaf terlebih awal kerana keliru memandangkan turut menerima komen daripada 3 orang berbeza.

Sumber: Ohbulan