Luar Negara

Nenek Rendam Kaki Cucu 2 Tahun Dalam Air Panas Menggelegak

By  | 

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun mengalami kesan lecur teruk di kakinya selepas dipercayai dicelup ke dalam air panas menggelegak oleh nenek tirinya, 11 Ogos lalu.

Menurut MetroUK, kanak-kanak bernama Kaylee Robinson itu turut berdepan risiko kehilangan kakinya. Pihak polis dan doktor berpendapat kesan melecur itu nampak seperti dilakukan dengan sengaja.

Sumber: MetroUK

Jennifer Vaughn mengaku mencederakan kaki Kaylee di rumah dia dekat Chattanooga, Tennessee sebagai hukuman kerana terlalu nakal. Jennifer adalah ibu kepada Kyle Vaughn iaitu tunang ibu Kaylee, Brittany Smith.

Kejadian malang itu berlaku ketika Brittany meninggalkan Kaylee di bawah jagaan Jennifer sementara dia membawa dua lagi anaknya untuk pergi berenang di sebuah kolam renang.

Tujuan Kaylee ditinggalkan adalah sebab tempat itu tidak sesuai dan berbahaya untuk kanak-kanak kecil. Semasa berada di sana, Brittany terima panggilan dari Jennifer meminta dia untuk pulang dengan segera.

Sumber: MetroUK

Menurut Brittany ketika menjawab panggilan tu, dia dapat dengar suara jeritan dan tangisan Kaylee. Sehinggalah dia tiba di rumah, Kaylee masih tengah teriak dan meraung kesakitan.

Pada mulanya ketika ditanya, Jennifer berkata dia sedang memandikan Kaylee dan tinggalkan dia sekejap di bilik air sebelum tiba-tiba terdengar jeritannya.

Namun, menurut Brittany dia tidak percaya dengan apa yang dikatakan Jennifer sebab secara logiknya, orang dewasa tidak akan tinggalkan kanak-kanak seusia itu berseorangan tanpa pengawasan.

Sumber: MetroUK

Kaylee kini sedang menerima rawatan di hospital untuk memulihkan luka lecur itu. Jennifer kini didakwa dengan kesalahan penderaan kanak-kanak dan ditahan dengan ikat jamin $150,000 (RM627,285).

Luka itu amat dahsyat. Kaylee terpaksa menjalani 2 pembedahan setakat ini. Kulitnya belum betul-betul pulih.”

LOBAKMERAH