Semasa

Netizen Bantah Idea Sarapan Percuma Di Sekolah, Tegas Tanggungjawab Ibu Bapa Sedia Makan Minum

By  | 

Bermula Januari 2020, kerajaan mengumumkan akan menyediakan sarapan percuma buat semua pelajar sekolah rendah di seluruh negara. 

Menurut Astro AWANI, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, beliau ingin memastikan pelajar-pelajar ini terus kekal sihat dan cergas di samping dapat bantu mereka beri tumpuan semasa dalam kelas setiap hari.

“Weh sarapan kat rumah lah… nampak sangat mak ayah bangun lambat” – Netizen

Walau bagaimanapun, agak mengejutkan bila admin baca di bahagian komen posting Menteri Pendidikan kita bahawa ada segelintir netizen yang kurang bersetuju dengan idea tersebut.

Menurut netizen di Twitter, tanggungjawab memberi sarapan kepada anak-anak ini adalah tanggungjawab ibu dan bapa. Bukannya kerajaan atau sekolah. Malah netizen juga berkata, mereka takut budaya memberi sarapan free di sekolah ini akan buat ibu bapa hilang rasa tanggungjawab pada anak-anak. 

Sumber: Twitter

“Dia jawab makan waktu malam ja, mak bapa tiada duit. Kat sekolah memang lah ada RMT, tapi untuk rehat” 

Apa-apapun kebanyakan netizen kurang bersetuju dengan pandangan netizen di atas dan berpendapat sarapan percuma ini satu perkara yang bagus kerana ramai lagi pelajar kurang berkemampuan memerlukannya.

Ia bukan soal ibu bapa bertanggungjawab atau tak, ini soal mampu atau tak keluarga tu untuk makan sarapan. Haih sedihnya… 

Sumber: Twitter

Korang rasa macam mana? Bagi admin, kalau ia sesuatu yang baik elok kita sokong. Lagipun perkara ni tak ada merugikan sesiapa. Yang untung, anak-anak kita sebab dapat makanan free dari sekolah. 

LOBAKMERAH