Semasa

“Pakai tudung pun kena raba” – Netizen Kongsi Cerita Kena ‘Sexual Harassed’ Walaupun Bertudung

By  | 

Bila kes sexual harassment berlaku, kebanyakan orang mudah menundingkan jari mereka kepada mangsa berbanding pemangsa. Mesti akan keluar soalan, siapa suruh pakai sexy? Siapa suruh tak pakai tudung? Siapa suruh pakai tudung tak tutup dada?

Tapi, korang pasti ke kalau semua wanita dalam dunia ni bertudung labuh dan berbaju longgar automatik pemangsa turn off?

Seorang pengguna Twitter curious juga, betul ke pakai tudung ni boleh menjamin keselamatan?

“Ada ke perempuan yang pernah diganggu masa pakai hijab?”

Terima kasih pada soalan Ethan ini, ramai wanita mula keluarkan kisah mereka di harassed walaupun pakai tudung. Korang baca je lah kisah-kisah kat bawah ni.

Kalau korang baca semua cerita ni, korang boleh tengok kebanyakan dari dorang kena benda-benda macam ni masa dorang sekolah lagi.

Admin percaya hampir kesemua wanita pernah melalui pengalaman diraba sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Yang kesiannya, kebanyakan kanak-kanak atau remaja yang kena gangguan seksual ni, tak tahu pun benda tu salah sebab tu dorang tak buat laporan atau beritahu mak ayah. Nampak tak betapa pentingnya pendidikan seks sejak dari awal ni? 🙁

So, korang dah boleh kot stop victim blaming. Tak kira apa pun pakaian yang wanita pakai, gangguan seksual, kekejaman atau rogol tetap boleh berlaku. Mungkin kita perlu lebih fokus macam mana nak halang pemangsa dari terus berleluasa berbanding kepada pakaian wanita.

lobakmerah