Politik

Pas jangan rosakkan imej Islam – Anwar

By  | 

KUALA LUMPUR: Pas dinasihat untuk tidak membuat fitnah atau melakukan pembohongan dalam setiap langkah atau kenyataan politik mereka.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merosakkan imej Islam yang selama ini menjadi imej parti itu sendiri.

“Pas? Dia ni masalah Pas ini dia ada masalah RM90 juta, ambil wang UMNO, sekarang dia nak alih (isu).

“Saya hendak nasihat, orang Islam tidak boleh fitnah. Dia (Pas) boleh bohong, sekarang dia boleh fitnah dan kalau dia hendak guna politik untuk gelanggang fitnah dan bohong jangan guna nama Islam.

“Dia merosakkan imej Islam atas nama parti Islam, imej Islam itu jadi rosak. Orang bukan Islam kata, syeikh sekarang boleh bohong, syeikh sekarang boleh fitnah,” katanya semasa sidang media selepas hadir ke Majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parlimen Lembah Pantai di sini, pada Sabtu.

Sumber : Astro Awani