Luar Negara

Pasangan 13 Tahun Terjun Sungai Untuk Buktikan Cinta, Tapi…

By  | 

Masa zaman cinta monyet dulu, memang betul-betul rasa macam cinta sejatilah. Maklumlah, baru-baru kenal apa erti cinta kononnya.

Samalah kot macam pasangan yang baru berusia 13 tahun dari Thailand ni. Dikatakan dorang dah bersama selama 8 bulan dan tak ada apa yang boleh menghalang ‘cinta sejati’ dorang ni.

Sebab tu, bila mak budak perempuan ni halang dorang daripada bercinta, pasangan cilik ni mula buat keputusan untuk terjun ke dalam sungai bagi membuktikan yang cinta mereka ni adalah “cinta sejati”. Alamak geli tekak

Gambar Hiasan

Menurut China Press, budak lelaki dan budak perempuan ini buat keputusan untuk terjun ke dalam sungai bersama-sama pada Ahad lepas (18 Ogos) lepas mak perempuan ni halang dorang untuk hubungi satu sama lain.

Untuk buktikan pada dunia tentang cinta sejati ni, pasangan ini mula pegang tangan dan terjun ke dalam sungai sama-sama. Tak pasti apa tujuan dorang terjun sungai ni, sama ada nak bunuh diri ke apa. Tapi, lepas dorang terjun, tiba-tiba dorang nampak satu biawak besar tengah syok berenang dalam sungai.

Budak perempuan yang takut bila nampak biawak tu, terus lepaskan tangan kekasih hati dia dan cuba untuk keluar dari sungai. Malangnya, sebab dia tak tahu nak berenang, budak perempuan ni mula tenggelam.

Gambar Hiasan

Manakala budak lelaki tu pula tengah struggle untuk terapungkan badan dan mula tenggelam dipukul arus. Sukar nak bernafas, budak lelaki ni cuba untuk berenang ke darat sebelum seorang pejalan kaki ternampak dua remaja ini dan segera lompat ke dalam sungai untuk menyelamatkan dorang.

Budak perempuan tersebut dikatakan hampir mati lemas kini dalam keadaan kritikal selepas diberikan rawatan kecemasan.

Sumber: China Press

Ibu budak lelaki tersebut mengatakan yang dia tahu anaknya menjalinkan hubungan dengan kekasihnya. Tapi, dia dah nasihatkan dorang untuk berhenti dan sebaliknya fokus dengan pelajaran.

Ibu ini tak tahu kenapa anak lelakinya boleh buat perkara macam ni dan telah pun meminta maaf kepada budak perempuan tersebut dan ibu bapanya atas kelakuan anaknya.

Haih, budak-budak sekarang ni ekstrem betul. Nasib baiklah biawak tu ada, kalau tak, tak tahu apa jadi dekat dorang ni.

LOBAKMERAH