Luar Negara

Pelakon mati ketika latihan ketenteraan

By  | 

SINGAPURA: Seorang pelakon terkenal Singapura meninggal dunia semasa menjalani latihan ketenteraan di New Zealand.

Aloysius Pang, 28, pelakon televisyen dan filem bahasa Cina, baru saja menamatkan latihan wajib rejimen apabila dia mengalami kecederaan serius sejurus membaiki meriam.

Beliau dipindahkan ke hospital dan menjalani pembedahan selepas kemalangan yang menimpanya berhampiran Waiouru di Pulau Utara New Zealand.

“Pang meninggal dunia akibat cedera parah meskipun doktor berusaha membaiki kerosakan organ dalam badannya dan menempatkan beliau dengan bantuan pernafasan,” kata kementerian pertahanan Singapura dalam satu kenyataan pada Rabu.

Keluarga Pang berkata: “Agak sukar untuk kami terima pemergiannya itu.

“Kami hilang semangat selepas pasukan perubatan memberitahu keadaannya semakin teruk dan kami perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan,” katanya pada akaun Instagram pelakon itu sebelum kematiannya diumumkan.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan berkata, akan menubuhkan badan siasatan bagi menyiasat punca kematian Pang.