Semasa

Pemuda gigih menunggang motosikal dari Perak ke Kuala Lumpur demi membawa adiknya pulang ke kampung sebab…

By  | 

Keikhlasan adalah sifat yang paling penting apabila kita memberikan bantuan kepada insan yang berada dalam kesusahan. Tanpa mengharapkan sebarang balasan, kita perlu yakin bahawa Allah sahaja yang akan membalas segala kebaikan mengikut kehendak-Nya. Mungkin itulah kata-kata yang sesuai diberikan kepada seorang lelaki bergelar Did apabila dia bertemu dengan pemuda di simpang lampu isyarat. Perkara tersebut dikongsikan menerusi Twitternya dan berjaya menarik perhatian ramai.

Dari Teluk Intan bawa EX5…Dia pun mata tengah tahan nangis

Baru sahaja pulang kerja lewat malam, Did yang ketika itu sedang berhenti di lampu isyarat tiba-tiba disapa oleh seorang pemuda tidak dikenali. Dalam nada suara yang tergagap-gagap, pemuda yang datang dari Teluk Intan itu sebenarnya mencari lokasi Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk menjemput adiknya. Did pula agak terkejut kerana pemuda berkenaan menjelaskan dia sudah sesat sejak siang lagi.

Ayah saya dah takde, bang…Sebab tu nak amik adik

Membayangkan situasinya yang kelihatan amat terdesak, pemuda tersebut sanggup memberikan upah sekiranya Did menunjukkan jalan ke TBS. Suasana bertambah sebak kerana ayah kepada pemuda tersebut rupanya sudah menghembuskan nafas terakhir. Oleh sebab itulah dia gigih menunggang motosikal dari Perak ke Kuala Lumpur demi membawa adiknya pulang ke kampung.

Kasihan aku tengok…Dengan beg besar…Tangan kiri pegang phone

Sesudah sampai di TBS dan mahu meneruskan perjalanan, pemuda ini masih lagi mempunyai kepayahan untuk memahami jalan pulang. Namun Did menasihatkan agar pemuda ini menggunakan Waze bagi menuju ke destinasi mereka. Mengimbau semula pengajaran di sebalik kejadian ini, Did seakan-akan tersentak dan menjadi lebih bersyukur atas apa yang sudah dimiliki kini.

Sumber : Twitter Did

KISAHDUNIA