Politik

Pengambilalihan tol bukan ‘dedak’ – Syed Saddiq

By  | 

KUALA LUMPUR: Formula baharu dalam kutipan tol di empat lebuh raya bertol di Lembah Klang daripada syarikat konsesi  bukanlah satu tindakan bagi meraih undi dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan pengambilalihan tol tersebut merupakan satu tanggungjawab kerajaan sejak  menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) Mei tahun lalu.

β€œIni memang tanggungjawab Kerajaan dalam mencari jalan menyelesaikan masalah bukan hanya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK ) tapi selepas itu kita juga perlu teruskan agenda ini juga seperti yang kita janjikan dalam manifesto berkenaan tol ini,” katanya selepas merasmikan Pertandingan Boling Mesra Media Wanita Pertama 2019 di Bukit Jalil pada Ahad.

Pejabat Perdana Menteri pada dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata kerajaan akan mengambil alih empat lebuh raya bertol di Lembah Klang yang dikendalikan syarikat konsesi Gamuda Berhad. – ASTRO AWANI