Luar Negara

Pengantin Baru Maut Kemalangan 5 Minit Selepas Majlis Kahwin Berlangsung

By  | 

Beberapa minit selepas majlis perkahwinan, pasangan pengantin baru dari Texas ini terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika mereka meninggalkan mahkamah. Menurut Metro, Harley Morgan, 19, Rhiannon Boudreaux, 20, terbunuh selepas kereta Chevrolet yang mereka naiki bertembung dengan sebuah trak pickup yang tengah menarik sebuah traktor (towing).

Sumber: News Express

Kejadian malang itu berlaku pada Jumaat baru-baru ini lebih kurang jam 3 petang, 5 minit selepas mereka melafazkan wedding vows masing-masing. Kedua-dua mereka disahkan maut serta merta akibat kecederaan parah yang dialami. Bagaimanapun, menurut laporan pemandu trak itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menceritakan detik kejadian, ibu Harley, Lashawna Morgan menjadi saksi kematian anak dan menantunya kerana dia memandu dan mengekori di belakang.

Saya tengok anak saya mati.”

Sumber: Metro
Sumber: Daily Star

Sebaik sahaja berlaku kemalangan itu, Lashawna memberhentikan keretanya dan segera cuba mengeluarkan anak dan menantunya dari kereta yang remuk itu.

Saya akan dihantui dengan insiden ini sepanjang hidup. Saya tak akan lupa. Setiap malam saya akan ingat trak itu melanggar dan menyebabkan anak saya terbunuh.”

Sumber: Daily Star

Pasangan itu sudah menjalinkan hubungan cinta sejak berusia 13 tahun lagi dan mereka sangat teruja untuk memulakan hidup baru sebagai suami isteri.

Walaupun hanya melangsungkan majlis di mahkamah tetapi mereka merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan ketika perayaan Krismas pada 20 Disember akan datang bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sumber: Metro

Bayangkan macam mana mak dia nak pulih dari trauma. Nampak anak accident depan mata…

LOBAKMERAH