Luar Negara

Penjara ‘paling gila’ untuk pengganas

By  | 

AUCKLAND: Penjara ‘paling gila’ di New Zealand seperti digelar oleh salah seorang banduan, menjadi lokasi tahanan pengganas yang menembak mati 50 jemaah dalam kejadian di dua masjid, pada Jumaat lalu.

Ia juga dikatakan sebagai penjara paling ‘rumit, bahaya dan tidak menentu’.

Penjara Auckland di Paramemo dikenali sebagai ‘Parry’ itu mendapat peruntukkan besar iaitu kira-kira NZ $300 juta (RM836 juta) untuk kerja menaik taraf supaya ia lebih moden dan selamat untuk kakitangan serta banduan lain.

Ia turut direka untuk menahan ‘serangan’ berterusan selama 16 jam selain mempunyai tingkap setebal tiga lapis untuk tujuan keselamatan.

Warga Australia berusia 28 tahun itu yang dihadapkan ke mahkamah Sabtu lalu, didakwa atas tuduhan membunuh 50 orang selepas melakukan serangan keganasan terhadap dua masjid.

Dia akan diawasi setiap masa di penjara itu dan diasingkan sepenuhnya daripada banduan lain serta tidak boleh menerima pelawat.

Lelaki turut diasingkan sepenuhnya dari dunia luar dan mengikuti perkembangan liputan kesnya termasuk dilarang menggunakan kemudahan internet, televisyen, membaca akhbar dan mendengar radio.

Sumber : Harian Metro