Semasa

Rakaman CCTV menunjukkan dua wanita penyeluk saku mencuri telefon di sebuah butik

By  | 

Rakaman CCTV yang menunjukkan gelagat dua orang wanita penyeluk saku mencuri telefon di sebuah butik pakaian di Sunway Pyramid telah menjadi tular di Twitter.

Rakaman CCTV tersebut dimuat naik oleh mangsa sendiri di Twittertelah meraih lebih 9,000 kongsian. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di butik MPSY, Sunway Pyramid.

Menyifatkan insiden yang berlaku pada 14 April lalu, mangsa menjelaskan bahawa dia sedang memilih pakaian ketika seorang gadis memakai baju putih mencuri telefonnya.

Pencuri itu dapat dilihat tersenyum ketika dia memberi telefon yang dicurinya itu kepada rakannya, seorang wanita memakai tudung biru melalui rak pakaian.

“Anda fikir ia tidak akan berlaku kepada anda. Penyeluk saku melakukannya apabila anda tidak menjangkakan mereka,” kata mangsa.

Mangsa juga memuat naik video rakaman CCTV dari sudut yang berbeza.

“Berharap saya merupakan mangsa terakhir, jadi tolonglah, berhati-hati dengan barangan anda,” tambahnya.

Rata-rata netizen mengatakan bahawa dua orang wanita tersebut sememangnya penyeluk saku yang berpengalaman, berdasarkan tindakan mereka yang laju ketika mencuri telefon tersebut. Ia kelihatan seperti sudah dirancang.

Sumber: @farhanarosli__|Twitter