Tips

PUDING OREO MILO SEMUDAH ABC ?

By  | 

Bahan-bahannya simple je
Yang pasti rasa nya sedap poh palehh wehhh
Rasa sekali mesti nak lagi. Nyummy nyummy ?

Bahan-bahan2 :

– 1 bungkus serbuk agar-agar ( 10gm)
– 1 bungkus orea (di asingkan inti nya dan dipatah dua biskut nya)
– 1 tin susu cair
– 1 cawan milo
– 3 sudu besar gula pasir
– 750 ml air

Cara-cara :

1. Panaskan air dan serbuk agar2 dalam periuk. Kacau sehingga hancur serbuk agar2.
2. Masukkan gula dan inti oreo tadi. Kacau hingga hancur
3. Masukkan susu cair. Kacau hingga larut dan sebati semua. Tutup api dapur gas.
4. Bahagi bahan2 yang masak tadi ke 2 bahagian
5. 1 bahagian biar kan warna putih je. 
6. 1 bahagian lagi campur dengan milo, kacau sampai sebati. Pastikan milo betul2 hancur. Kemudian bahagi lagi kepada 2 bahagian. 1 untuk lapisan atas sekali. Dan 1 untuk lapisan bawah sekali.
7. Now dah ready untuk tuang dalam acuan. Tuang 1 bahagian milo kedalam acuan. 
8. Tunggu bahagian milo tadi mengeras dulu. Then boleh tuang bahagian putih pulak.
9. Taburkan orea ke dalam bahagian putih tadi. Taburlah ikut kreativi hampa ye.
10. Last sekali lepas bahagian putih keras. Tuang lagi 1 bahagian milo tadi.

Thennnn siapppp !! Boleh simpan dalam peti ais bahagian bawah tau. Tunggu betul2 keras dan sejuk then bolehlah menikmati rasa nya. Makan sejuk2 lagi terserlah kenikmatanya ?

P/s : pastikan sebelum tuang lapisan seterusnya. Lapisan sebelum tu betul2 keras. Kalau tak dia tak jadi layer2 cantik tu

Moh la try buat. Serius sedap. #share dulu resepi ni, nanti nak buat senang resepi dah ada ?

Sumber : Nur Hidayah Ieda