Semasa

“Putus jela dengan jantan bodoh tu”

By  | 

Isu dara sepatutnya tak dibangkitkan terutamanya bila seseorang tu nak kahwin. Macam discrimination pula dekat perempuan kan sebab kalau lelaki tak ada pula macam orang tanya ‘masih teruna ke?’.

Menyedihkan, walaupun kita lagi beberapa bulan je nak masuk tahun 2020 tapi mentaliti masyarakat masih di takuk lama. Mana tidaknya, seorang wanita baru-baru ni ditanya oleh tunang dan keluarganya sendiri sama ada di masih dara atau tidak?

Cerita itu dapat perhatian ramai netizen lepas Dr Amalina kongsikan dekat Twitter.

Doktor, bagaimana saya nak buktikan kepada tunang dan family saya yang saya masih dara. Ada tak medical check-up untuk bagi bukti sebab diorang minta.”

Itu yang soalan yang diterima sendiri oleh Dr Amalina baru-baru ini. Katanya dia sendiri tidak sangka tunang dan keluarga wanita tersebut boleh tanya soalan macam tu.

Sangat menyedihkan bila tunang dan keluarga dia boleh pula nak minta bukti sekali.”

Walaupun terkejut dan macam tak percaya dengan apa yang ditanyakan oleh tunang dan keluarga wanita tu, Dr Amalina sempat kongsikan penjelasan rakan doktornya, Dr Imelda Balchin berkenaan fakta dan mitos tentang selaput dara.

Ramai netizen yang baca tweet Dr Amalina rasa bengang dengan tunang wanita tersebut dan keluarga dia sebab tanya soalan tu. Ada yang minta wanita tu tinggalkan dan putuskan tunang terus!

Lelaki yang baik takkan tanya kisah silam perempuan.”

Masih relevan ke pilih dara atau tak dara zaman sekarang, kalau nak membimbing si dia ke syurga tak perlu kot pilih dara atau tak dara.”

Sumber: Twitter

LOBAKMERAH