Agama

Rebah saat laung azan solat Jumaat, jemaah masjid jadi saksi bilal muda dijemput Ilahi!

By  | 

Rebah saat laung azan solat Jumaat, jemaah masjid jadi saksi bilal muda dijemput Ilahi! Semalam, seorang pemuda yang dikenali sebagai Muhammad Izzan telah mencoretkan sedikit perkongsian mengenai sahabatnya yang meninggal dunia ketika melaungkan azan.

Meninggal ketika sedang azan

Teman rapatnya itu yang dikenali sebagai Amirul Najmie dilaporkan rebah semasa mengalunkan azan untuk solat Jumaat. Sudah semestinya para jemaah menjadi saksi Amirul Najmie kembali kepada Allah S.W.T pada hari yang mulia itu.

Seorang yang baik

Izzan turut menambah dalam perkongsian tersebut bahawa teman baiknya itu merupakan seorang yang ceria, baik dan mudah didekati. Perkenalan selama tiga tahun antara mereka memberikan seribu satu kisah untuk dikenang.

Amirul Najmie merupakan seorang pelajar Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan telah pun berada di sem 5 pengajiannya. Dia juga sering menjadi bilal pelatih di masjid Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS).

Kematian yang dicemburui

Menerusi perkongsian daripada sahabat baiknya itu, rata-rata kenalan mereka mengucapkan takziah kepada Izzan atas pemergian Amirul Najmie. Mereka turut menzahirkan rasa sedih dan mendoakan agar keluarga pemuda itu tabah menerima ketentuan.

Sentiasa ingat teman dalam setiap memori

Sumber: Muhammad Izzan

APAKES