Luar Negara

Remaja tak dapat kencing 3 hari selepas masukkan jarum dalam kemaluannya

By  | 

Seorang remaja lelaki dikejarkan ke hospital kerana dia tidak dapat membuang air kecil selama tiga hari kerana jarum tersekat dalam zakarnya. 


Remaja berusia 14 tahun dari Tunis di Tunisia itu mengaku dia memasukkan jarum ke dalam kemaluannya untuk keseronokan seksual. 


Doktor terpaksa menggunakan forsep untuk mengeluarkan jarum berukuran dua inci dari kemaluan remaja terbabit. 


Menurut doktor, kes seperti itu amat jarang berlaku dan kebiasaannya pesakit akan menangguhkan hasrat meminta bantuan dari pihak hospital kerana malu. 

Sepanjang bekerja di bidang perubatan, antara benda-benda asing yang dikeluarkan dari kemaluan pesakit adalah seperti wayar, straw minuman, mentol dan ekor tupai. 


“Pesakit berkenaan dibenarkan pulang setelah sehari ditahan wad dan dirujuk kepada Jabatan Psikiatri bagi memastikan kepala bananya tidak mempunyai masalah mental. 


Sumber: Daily Mail

THEREPORTER