Tips

Resepi Ala Famous Amos Cookies

By  | 

Bahan-bahan :

  • 1 buku mentega,
  • 2 biji telur,
  • 1 cawan gula halus (boleh letak setengah cawan saja kalau tidak suka manis sangat, sebab coklat chip sudah manis,
  • 1 cawan gula perang,
  • 1 1/2 sudu serbuk penaik,
  • 3 cawan tepung gandum,
  • 1 cawan badam cincang,
  • 2 cawan coklat chip,
  • 1 sudu kecil garam,
  • 1 sudu kecil vanilla esen.

Cara Membuat :

1. Mula-mula pukul butter, gula perang dan gula halus seingga sedikit kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla.
3. Masukkan bahan ayak tadi (tepung gandum, garam, baking powder).
4. Akhir sekali gaulkan badam dengan coklat chip, kacau sehingga menjadi doh. (Kalau tekstur terlampau lembik, boleh tambah tepung gandum).

famous amos

Nota : Adunan memang akan macam lembik nanti. Cukup gunakan sudu untuk letak di loyang. Jangan sudu terlampau banyak kerana biskut akan mengembang dengan jayanya.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi biskut Famous Amos, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.