Tips

Resepi Biskut Arab

By  | 

Bahan-bahan

Bahan A :

  • 380 gm minyak sapi QBB. *
  • 125 gm Planta.*
  • 70 gm gula aising/castor.*
  • 1150 gm tepung gandum .
    ( 1 kilo dan 150 gm. Biasa guna bluekey)

Cara Membuat :

1. Satukan semua bahan bertanda *, Kacau sebati. Kacau dengan senduk kayu saja. Tak payah guna mixer. Kita mahu kacau sampai sebati saja bukan sampai kembang gebu. Minyak sapi tak perlu dicairkan. Ceduk dari tin, terus guna.

2. Selepas sebati masukkan tepung sedikit-sedikit.

3. Lepas semua tepung dah masuk, buat bulat-bulat. Kalau mahu sama besar guna sudu sukat. Sukat dulu baru buat bulat-bulat. Guna sukatan 1/2 sudu besar.

4. Kemudian sudah siap bulat-bulat. Bakar pada suhu 160’C selama 30 minit. Tapi kena ikut oven masing-masing. Jangan garing sangat. Tengok bahagian bawah kalau sudah coklat sedikit boleh angkat.

5. Sejukkan dahulu baru golek atas gula castor atau gula aising.

biskut arab

Tips Biskut Sedap :

Untuk rasa yang lebih asli dan cair di mulut. Sila jemur tepung anda di bawah panas matahari. Atau kalau malas (confirm hampa malas) masukkan dalam oven sekejap. Panaskan tepung pada suhu 160’C selama 10 minit. Lepas itu biar tepung sejuk dulu.