Tips

Resepi Kek Butter ( Mudah dan Simple Tapi Sangat Sedap)

By  | 

Haritu ada seorang sahabat dalam MAHN ni pos resepi “KEK BUTTER BODO TAPI SEDAP GILA” tak ingat dah nama dia. Canggih betul nama kek dia. Kalau dia ada terbaca kat sini, sila angkat tangan sis. Memang simple dan sedap.

Yang tak pandai buat kek (MACAM SAYA) pun gerenti buleh buat. First time buat kek menjadi. Bangga oooo walaupun kek ‘BODO’ je.

Resepi KEK BUTTER ‘BODO’ YG SEDAP & SIMPLE GILA

Bahan Bahan

  • 200gm Buttercup *
  • 3/4 cawan gula (blend halus guna blender kering tu) *
  • 4 biji telur ayam gred A *
  • 1/4 cawan susu pekat (saya guna krimer Tesco tu je) *
  • 2 cawan tepung gandum (brand apapun takpe)
  • 1 sudu kecil esen vanila *
  • 1 sudu kecil baking powder *
  • Pewarna (kalau nak je)

Cara cara Memasak

  1. Blend bahan * sampai gebu halus mulus.
  2. Tuang dalam bekas, masukkan tepung, gaul sebati.
  3. Kalau nak kaler, asingkan kepada 2 bahagian dan letak pewarna.
  4. Masukkan dalam loyang ikut kretiviti

Resepi Kek Lain Yang Menarik

Selain resepi kek butter, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.