Tips

Resepi Kek Orange Sunquick

By  | 

Bahan – bahan:

  • 5 biji telur *
  • 1/2 cawan gula *
  • 1 cawan susu pekat *
  • 1/2 cawan pati oren sunquick *
  • 1 sudu makan Ovalette *
  • 2 sudu makan buttercup *
  • Sedikit pewarna oren / Sunkist elmulca *
  • 2 cawan tepung serbuk penaik
  • 1/2 cawan minyak masak / minyak jagung

Cara – cara:

  1. Ambil pengisar dan masukkann bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Kisar sehingga kembang atau nampak sedikit putih.
  3. Tuangkan bahan yang dikisar tadi ke dalam bekas yg agak-agak muat untuk bahan itu.
  4. Masukkan 2 cawan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga tidak berketul.
  5. Masukkan minyak masak dan gaul sehingga sebati.
  6. Kemudian masukkan ke dalam bekas.
  7. Kukuskan selama 45 minit dan tunggu sehigga masak dan siap dihidang untuk minum petang. Resepi ini untuk sekilo ya.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi Kek Orange Sunquick ini, 
terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya!