Tips

Resepi Kuih Tepung Pelita (Asli dan Sedap)

By  | 

Bahan bahan

Lapisan Bawah Hijau

  • 2 1/2 cawan santan cair
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4-5 sudu besar gula (kalau nak kurangkan boleh asalkan 2 sb)
  • Sedikit pewarna hijau

Nota : Kisarkan Semua Bahan

Lapisan Atas Putih

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam

Nota : Kisarkan semua bahan

Cara cara Memasak

  1. Panaskan pengukus. Saya guna bekas plastik kecil. Saya letak daun pisang kat dasar bekas bagi bau wangi daun pisang
Resepi Kuih Tepung Pelita

2. Letakkan gula dalam 1 sudu besar rate. Kalau nak air gula lagi banyak boleh letak gula 1 sb penuh

Resepi Kuih Tepung Pelita

3. Kisarkan semua bahagian sehingga sebati. Jangan lama sangat

Resepi Kuih Tepung Pelita

4. Memang cair. Jangan tambah air

Resepi Kuih Tepung Pelita

5. Tuangkan dalam bekas yang ada gula tadi dalam separuh bekas

Resepi Kuih Tepung Pelita

6. Kukus lapisan bawah 10 minit dengan api kuat

Resepi Kuih Tepung Pelita

7. Sementara lapisan bawah masak, kisar sebati lapisan atas

Resepi Kuih Tepung Pelita

8. Bila lapisan bawah dah cukup 10 minit, tuang perlahan lapiasan atas

Resepi Kuih Tepung Pelita

9. Siap tuang lapisan atas, dan kukus lagi 10 minit

Resepi Kuih Tepung Pelita

Nota : Kalau ada air bertakung dalam kuih, buang airnya

Resepi Kuih Lain Yang Menarik

Selain resepi kuih tepung pelita, kami juga mempunyai beberapa resepi kuih atau kek lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.

KONGSIKAN ARTIKEL INI