Tips

Resepi Kuih Tiram Ros

By  | 

Bahan Doh :

  • 3 cawan tepung gandum,
  • 2 sudu besar marjerin,
  • ½ sudu teh garam halus,
  • 1 biji telur,
  • 3/4 cawan air sejuk,
  • Pewarna merah dan hijau,
  • Gula aising untuk disalut,
  • Glaze (3/4 cawan tepung jagung dan ½ cawan minyak masak dibancuh bersama)

Cara-cara :

  1. Mula-mula, gaul tepung gandum, marjerin dan garam hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan telur dan air, uli hingga menjadi doh.
  3. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. Dua doh diwarnakan dengan merah dan hijau. Satu lagi dibiarkan putih.
    Warna merah : 2 doh
    Warna hijau : 2 doh
    Warna putih: 4 doh
  4. Ambil 1 doh merah, canai nipis dan glazekan dengan tepung jagung campur minyak hingga rata, kemudian gulung dan ketepikan.
  5. Ambil pula 1 doh putih, canai nipis dan glazekan dengan tepung jagung campur minyak. Letak doh merah di atas doh asal dan gulungkan bersama hingga kemas.
  6. Potong doh kecil-kecil dalam 1 cm. Tekan dengan ibu jari sedikit dan canai nipis.
  7. Goreng dalam minyak menggunakan api perlahan. BIla ia sudah timbul buka-bukakan kelopak/gulungan tiram dengan lidi hingga menjadi bunga ros.
  8. Goreng hingga kekuningan. Toskan dan biar sejuk dulu baru salut dengan gula aising.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kuih tiram, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.