Tips

Resepi Mango Cheesecake (Leleh di Mulut)

By  | 

Bahan Untuk Membuat base

  • 200g Biskut marie/ritz
  • 100g butter

Bahan Untuk Filling Cheese

  • 250 g cream cheese
  • 60 g gula castor
  • 2 biji buah mangga , satu didadu dan  satu lagi blend buat puree
  • 200 ml UHT whipping cream
  • 1 ½ sb Gelatin
  • 125 ml Air suam

Bahan Untuk Topping

  • Puree mangga
  • 50 ml air suam
  • 1 sb gelatin
  • 1 sb gula castor

Cara Membuat Mango Cheesecake

1. Mula cairkan butter dan gaul dengan biskut marie yang sudah dihancurkan

2. Selepas itu masukkan ke dalam loyang springform sebagai base. (Saya pakai saiz 9).

3. Padatkan biskut ke dalam loyang. Tekan-tekan dan masukkan ke dalam freezer.

Resepi mango cheese cake

Sementara itu boleh siapkan lapisan cheese

1. Masukkan 1½ sb gelatin ke dalam air suam. Biarkan larut.

2. Mula putar whipping cream sampai kental dan ketepikan.

3. Setelah itu pukul cream cheese dengan gula castor sampai berkrim, masokkan puree mangga separuh. Gaul.

Resepi mango cheese cake

4. Masokkan whipping cream ke dalam adunan cheese tadi. Gaul sebati pakai spatula.

5. Masokkan larutan gelatin tadi. Gaul sebati.

6. Adunan cheese tadi boleh dimasokkan ke dalam loyang yang sudah siap buat base biskut marie.

7. Simpan dalam freezer.

Resepi mango cheese cake

Untuk Topping

1. Larutkan 1 sb gelatin ke dalam 50 ml air suam.

2. Masukkan gelatin yang sudah larut tadi ke dalam puree mangga dan gaul sebati.

3. Masukkan ke dalam loyang.

4. Masukkan sampai habis. Boleh disimpan ke dalam freezer semalaman atau sehingga set.

Resepi mango cheese cake

Itu sahaja resepi kek mango cheesecake ini. Kek ini lagi sedap kalau dihidangkan sejuk. Sila cuba.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Kek Mango Cheese Cake yang sedap dan meleleh di lidah ini, kami juga menulis resepi lain pada artikel sebelumnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya