Tips

Resepi Oden Ala Family Mart, Buat Sendiri Je Memang Mudah!

By  | 

Oden merupakan sebuah makanan yang berasal dari negara matahari terbit. Baru-baru ini sebuah kedai serbaneka dari Jepun telah mula beroperasi di Malaysia dan antara tarikan kedai terbabit adalah makanan oden ini.

Kedai tersebut hanya beroperasi di sekitar Lembah Klang dimana menyukarkan mereka yang luar dari kawasan untuk merasai keenakan oden ini. Namun, itu tidak menghalang orang ramai terutamanya para ibu menghasilkan resipi oden mereka yang tersendiri. Lebih sedap dan lebih jimat! Boleh lah buat dekat rumah nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan

Resepi Oden Family Mart. Jimat!!! Lepas ni tak payah pergi jauh2 nak makan Oden ni!

Oden ala (family mart)

Bahan2

  • Perencah Asam Pedas adabi-2 paket
  • Perencah Tomyam – 4 sudu besar/ 1paket
  • 1 kiub perencah tomyam
  • Air ikut suke korang

Perasa tak payah letak sebab dah ada rasa dekat perencah tu.

Bahan Oden (Fish tofu/seafood tofu/crab stick/fishcake).

*boleh beli dekat Giant / mana-mana kedai frozen food.

Cara Memasak

Tumis perencah asam pds, masuk kan air ikut suka korang then masukkan perencah tomyam, lepas tu campak oden di dalam periuk kesayangan korang. Then its ready to eat yeayyy!!.

Selamat mencuba.

Sumber : Dapur Isteri Perut Suami