Tips

Resepi Potato Smiles ?

By  | 

Sebelum kentang kat dapur bertunas,moh ler kita buat kentang senyum atau nama omputihnya potato smiles ??

Bahan-Bahan

? 4 biji kentang
? 4 sudu besar tepung gandum
? 4 sudu besar tepung jagung
? 4 sudu besar serbuk roti 
? 1 kiub pati ayam
? garam

Cara-caranya

  • Rebus kentang bersama kiub pati ayam hingga empuk 
  • Kemudian lenyek kentang hingga sebati
  • Campurkan tepung gandum,tepung jagung & serbuk roti
  • Perasakan dengan garam
  • Uli hingga menjadi doh
  • Jika adunan lembik,tambah sedikit tepung jagung
  • Canai adunan(jgn terlalu tebal) & tekap menjadi bentuk bulat
  • Lubangkan mata guna straw & buatkan mulut guna hujung sudu
  • Goreng dalam minyak yg sederhana panas

 Sedap dimakan panas-panas dicicah dengan sos & mayonis ?

Abaikan rupa kentangku yg mcm senyum terpaksa je tue ??

Kredit: Ayza Nur