Tips

Resepi Puding Tiramisu

By  | 

Bahan – bahan:

  • 3 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 1 cawan air
  • 12 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar esen vanilla

Cara – cara memasak:

  1. Satukan kesemua bahan dalam kuali/periuk
  2. Kacau hingga semuanya sebati
  3. Hidupkan api dan kacau puding hingga pekat

Celupan kopi:

Bahan – bahan:

  • 2 sudu besar Nescafe
  • 12 sudu besar air (6 sudu air panas, 6 sudu air biasa)

Cara – cara:

Campurkan nescafe bersama air dan kacau sehingga larut

Puding Tiramisu:

Bahan – bahan:

  • Puding
  • Celupan kopi
  • Biskut marie (perisa original)
  • Serbuk kopi

Cara – cara:

  1. Letakkan sedikit lapisan puding
  2. Taburkan serbuk koko menggunakan penapis
  3. Celupkan biskut marie ke dalam kopi, lapiskan atas serbuk koko tadi.
  4. Ulangkan letak puding, serbuk koko dan biskut marie sehingga habis

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat banyak lagi resepi yang boleh anda cuba di rumah yang telah kami kongsikan di sini. Jangan lupa kongikan resepi yang telah anda cuba bersama rakan-rakan anda.