Tips

Resepi Sup Tauhu Telur (Mudah dan Lazat)

By  | 

Bahan-bahan Yang Digunakan

  • Tauhu telur, goreng dengan minyak betul-betul panas.
  • Bawang putih cincang.
  • Serbuk lada hitam.
  • Udang/isi ayam.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • Cendawan shimeji/fresh shitake.
  • Lobak merah, hiris halus memanjang.
  • Daun sup, hiris.
  • Tepung ubi, bancuh dengan sedikit air (kalau ingin ganti dengan tepung jagung pun boleh).
  • 2 biji telur, pukul dengan garfu.
  • Garam.
  • Serbuk perasa (kalau suka).

Cara Membuat Sup Tauhu Telur

1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan udang/ayam dan serbuk lada hitam.

2. Masukkan sos tiram, air dan cendawan.

3. Bila sudah mendidih, masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam. Sambil kacau kuah sup tuang bancuhan tepung ubi. Jangan sampai bergentel.

4. Masukkan tauhu yang sudah digoreng

5. Perlahankan api. Tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran (maksudnya jangan tuang setempat).

6. Biarkan dalam dalam beberapa saat. Tutup api kemudian baru dikacau. Tujuannya supaya telur nampak seperti bertali.

7. Akhir sekali baru tabur daun bawang dan kacau rata.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Sup Tauhu Telur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.