Semasa

Respon Biadap Bila ‘Parent’ Mangsa Call Ayah Pembuli

By  | 

Kes buli ni bukan boleh dibuat main-main, biarpun jenis pembulian tu nampak remeh, ia patut dipandang serius, bukan dijadikan sebagai bahan lawak.

Memandangkan adik kepada pemuda ni pernah menjadi mangsa buli, dia tak rasa pun Tweet satu perkara yang lawak dan sesuai untuk dikongsikan di media sosial.

Lah ingatkan anak awak mati kena seterika”

Adik kepada individu ini dikatakan ada buli junior, diminta dia untuk sediakan makanan buatnya. Bila berita itu diketahui oleh ibu bapa mangsa, mereka pun hubungi lah bapa si pembuli tu. Ini respon dia yang dikongsikan melalui tweet sebelum ianya dipadam.

Sumber : Facebook

Retweet daripada @AbangDon_ ni meraih hampir 2,000 daripada netizen. Ia membuatkan dia rasa kurang senang sebab adiknya pernah dibuli.

Netizen pula sokong dan bengang respon si bapa pembuli ni sebab kata-kata yang digunakan itu seperti ada kaitan dengan kes buli yang mangsa meninggal akibat setetika tu. Korang faham kan pasal isu apa.

Memandangkan ramai yang rasa tweet ni langsung tak lawak, cerita ni pun makin menular sampai ke Facebook. Bagi Fairuz, kata-kata ayahnya ni dah menggambarkan macam mana ayah dia didik dia.

Terserlah kebiadapan

Betul tu, biarpun dalam bentuk gurauan ia tak sepatutnya dilakukan dengan kerap. Jadi, hati-hati kalau nak berlawak sekalipun. Selain tu, hati-hati kalau nak kongsikan sesuatu.

Bukannya apa, orang kita di mostly dia buat kita tak apa, kita buat dia tak boleh. Tak ke buli namanya tu?

LOBAKMERAH