Jenayah

Saksi andaikan tayar EMRS lenyek anggota bomba

By  | 

SHAH ALAM – Muhammad Adib Mohd Kassim yang dihimpit Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan kereta akibat pergerakan mengundur Fire Rescue Tender (FRT), saksi ke-20 hari ini mengandaikan anggota bomba tersebut dilenyek oleh tayar van itu.

Memberitahu Mahkamah Koroner hari ini, Mohsin Budd berkata, andaiannya itu berdasarkan daripada situasi yang dilihatnya iaitu keadaan yang sempit di antara EMRS dan kereta yang berada di petak letak kereta. 

“Saya assume (mengandaikan) tayar EMRS went under it, apabila tiada ruang untuk bergerak 

“Masa dia jatuh lori FRT masih bergerak van sudah ke belakang berhenti tapi lori masih bergerak,” katanya memberitahu Hakim Rofiah Mohamad.

Selepas mangsa  jatuh, Mohsin melihat sekumpulan orang mengerumuninya, ada di antaranya memegang botol plastik.

“Dia nampak orang ramai lepas tu mengerumuni di mana mangsa jatuh, dia nampak macam ada orang pegang botol plastik, bunyi bising, tapi dia tak tahu apa yang berlaku,” kata penterjemah kerana saksi berketurunan Punjabi. 

Mohsin, 24 yang bekerja sebagai pegawai teknikal penghawa dingin bagaimanapun tidak dapat memberi pengesahan apa yang dilakukan sekumpulan orang kerana pandangannya dihalang oleh orang ramai di kawasan tersebut. 

“ Dia tak nampak sebab pandangannya dihalang sebab ramai orang selepas tu saya tak tahu apa yang berlaku,” katanya lagi.

Semalam beliau berkata melibat mangsa iaitu Muhaad Adib dihimpit EMRS dan kereta. -MalasyaiGazette