Sukan

Salah saya, tergigit umpan orang lain – TMJ

By  | 

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui kesilapannya memberi cabaran perlawanan bola persahabatan antara pasukan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan JDT.

Pengakuan putera sulung Sultan Johor Sultan Iskandar itu dibuat selepas bersetuju dengan komen salah seorang warga Twitter yang berpendapat perlawanan itu tidak diperlukan.

Noted. You’re right. Tergigit umpan orang lain nak kejar popularity. My mistake. Selamat berbuka,” ujar baginda ringkas di laman Twitter miliknya.

Semalam, Syed Saddiq  menyambut baik cabaran perlawanan bola persahabatan di antara pasukannya dengan JDT.

Katanya, beliau akan mengutuskan surat kepada Tunku Ismail berhubung perkara itu.

“Ini merupakan perlawanan persahabatan untuk mengeratkan silaturahim.

“Saya selalu percaya sukan boleh dijadikan jambatan untuk menyatukan kita semua.

“Sukan bukan sahaja satu aktiviti kecergasan malah ejen perpaduan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan hari raya kepada 50 orang miskin tajaan Jakel di sini semalam.

Kelmarim, Tunku Ismail menyatakan kesediaan untuk bertemu pasukan Syed Saddiq dalam perlawanan bola sepak di Larkin.

Dalam ciapannya, dia menulis “Cabaran diterima, Larkin akan dibuka untuk pasukan ‘Picasso’.

“Pertembungan seperti ‘gladiator’ ini mesti berlangsung.” – MalaysiaGazette