Luar Negara

Salji Tebal Landa Baitulmuqaddis

By  | 

BAITULMUQADDIS 18 Jan.- Salji tebal yang meliputi hampir semua kawasan, termasuk sekitar the Dome of the Rock dan tembok barat mengejutkan penduduk tempatan memandang fenomena cuaca tersebut jarang berlaku di sini.

Orang awam, ada dalam kalangan mereka yang membawa papan luncur turun beramai-ramai ke jalan untuk menyaksikan pemandangan yang jarang dilihat itu.

Salji dilaporkan turun pada waktu malam setelah ribut melanda kawasan tersebut pada sebelah petang .

Sumber : Utusan