Luar Negara

Salur darah terputus selepas terhempas kuat ketika main gelongsor air ekstrem

By  | 

Salur darah seorang pelancong British terputus selepas terhempas kuat ketika menaiki gelongsor air ekstrem di Taman Air Aqua Paradise di Nessebar, Bulgaria. 


Mangsa, Jade Graves, 29, mendakwa dirinya terhempas ke dalam kolam itu pada 25 Julai 2018, sehingga menyebabkan dia mengalami kehilangan banyak darah dan memerlukan proses pemindahan darah di sebuah hospital di Bulgaria. 


Difahamkan, Graves terhempas ke kolam dari gelongsor ‘Space Jam’ berketinggian 72 kaki dan kecerunan 90 darjah. Akibat dari kejadian itu, dia berasa kesakitan luar biasa di bahagian bawah pelvis dan terkejut apabila melihat banyak darah mengalir di kakinya. 

“Saya masih belum pasti apa yang berlaku kerana saya mengikut semua peraturan yang diberikan kepada saya,” katanya.


Graves tidak menafikan pihak penyelamat di taman tema itu ada cuba menyelamatkannya tetapi menganggap usaha mereka itu sangat lemah. 


Disebabkan kecederaan itu, Graves terpaksa mengambil cuti sakit selama seminggu. Graves kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap taman tema itu dan melantik firma undang-undang, Irwin Mitchell untuk menyiasat kejadian itu.


Sumber: Astro Awani, Mirror

THEREPORTER