Luar Negara

Satu maut, satu hilang runtuhan salji di Jerman

By  | 

BERLIN : Seorang maut, manakala seorang lagi hilang dalam runtuhan salji di Bavaria, selatan Jerman semalam.

Menurut polis, insiden berkenaan berlaku tengahari semalam pada ketinggian 1,300 meter di pergunungan Schuetzensteig, beberapa kilometer dari kawasan Tyrol di Austria.

Mangsa ketiga berjaya diselamatkan tetapi mengalami kecederaan parah selepas 70 anggota penyelamat menggali kawasan berkenaan sebelum operasi mencari ditangguhkan apabila malam.

Tiada maklumat lanjut diterima setakat ini berhubung identiti semua mangsa. – AFP