Politik

Saya restu mereka, selamat jalan kepada Pas UMNO – Mat Sabu

By  | 

KUALA LUMPUR – Biarlah mereka berhimpun, saya restu mereka. Selamat jalan kepada Pas dan UMNO menjelang Piagam Penyatuan Ummah pada 14 September ini.

Demikian reaksi dan jawapan sinis Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu apabila ditanya mengenai Pas yang akan berhimpun dengan UMNO buat pertama kali dalam sejarah politik di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama dua hari, bermula esok.

Ditanya sama ada pihaknya menerima jemputan Himpunan Penyatuan Ummah, Mohamad berkata, pihaknya tidak menerima sebarang jemputan setakat ini.

“Tidak ada..tidak ada..setakat yang saya tahu hari ini tidak ada (jemputan ummah).

“Saya tidak ke pejabat Amanah atau pejabat Kementerian Pertahanan hari ini, saya tak dapat tahu sama ada menerima atau tidak (jemputan ke ummah)

“Kalau tahu pun (ada jemputan) saya tidak akan pergi sana. Biarlah mereka. Saya restu selamat jalan untuk Pas, UMNO esok,” katanya yang dikenali dengan panggilan Mat Sabu ketika ditemui selepas menonton filem Suatu Ketika Langkitkan Impianmu di Pusat Membeli Belah Mid Valley malam tadi. – MalaysiaGazette