Agama

Sultan Abdullah Titah Kalimah ‘Allahu Akbar’ Dilaungkan

By  | 

PEKAN – Sultan Pahang yang baharu Sultan Abdullah Ahmad Shah menitahkan supaya kalimah ‘Allahu Akbar’ yang bermaksud Allah Maha Besar dilaungkan pada istiadat pemasyhuran baginda sebagai Sultan Pahang keenam di Istana Abu Bakar di sini esok.

Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Ahmad Shah yang berkongsi perkara itu berkata, kalimah terbesar umat Islam itu akan dilaungkan sebanyak empat kali sebelum diikuti laungan ‘Daulat Tuanku’ tiga kali.

Tengku Abdul Rahman berkata laungan ‘Allahu Akbar’ merupakan sebahagian daripada perkara baharu yang dilakukan pada istiadat pemasyhuran Sultan Pahang yang kali terakhir berlangsung pada 45 tahun dahulu.

“Sudah tentu ‘Daulat Tuanku’ adalah adat yang sudah lama dilaksanakan dan kali ini ada sedikit perubahan dilakukan kerana sebelum ini pemasyhuran berlaku kerana kemangkatan (sultan sebelumnya).

“Jadi pemasyhuran ini suatu yang luar biasa dan ada yang kita ‘re-adjusting’… kita bersedia sebaik mungkin dan berharap semuanya selamat serta dirahmati Allah esok,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri raptai istadat pemasyhuran di sini hari ini.

Sumber : Mynewshub