Jenayah

Tak Sanggup Tengok Wajah Tak Cantik Selepas Pembedahan, Wanita Ditemui Mati Bunuh Diri

By  | 

Enggan melihat wajah sendiri yang ‘rosak’ selepas menjalani pembedahan plastik, seorang wanita berusia 23 tahun di China ditemui mati bunuh diri.

Liu yang juga merupakan video blogger terkenal di China dipercayai menjalani beberapa pembedahan yang lain bagi memperbetulkan wajahnya yang tidak cantik setelah menjalani pembedahan yang tidak berhasil.

Menurut laporan berita tempatan, sehari sebelum Liu ditemui mati, dia sempat menaiki bangunan setinggi 18 tingkat untuk bunuh diri tetapi sempat diselamatkan oleh pasukan bomba yang bergegas ke tempat kejadian.

Sebuah video memaparkan detik-detik Liu mahu membunuh diri di atas bangunan tular di media sosial di China dan menerima pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya berasa kasihan melihatnya yang berada dalam tekanan.

Dalam rakaman tersebut juga, Liu dilihat menjerit bahawa dia enggan melihat wajahnya sendiri yang dianggapnya tidak cantik meskipun telah menjalani pelbagai pembedahan.

Jelas beberapa orang yang mengenali mendiang, Liu merupakan gadis ceria yang aktif dilaman sosial selain terkenal dengan wajah yang asli cantik sebelum melakukan pembedahan.

Liu menjadi semakin tekanan selepas pembedahan wajah pertama dijalaninya tidak memberi kepuasan kepadanya selain menyebabkan dia ditinggalkan teman lelakinya.

Sumber: South China Morning Post