Luar Negara

Tamatkan Larian Lasak ‘Iron Man’ Sejauh 50 Batu Tanpa Kaki, Lelaki ini Dapat Tepukan Para Peserta Dan Penonton

By  | 

Tanpa kedua-dua belah kaki, yang tinggal hanya separuh badan bahagian atas, lelaki ini membuktikan sukan lasak bukan satu perkara yang mustahil sekiranya memiliki azam yang kuat.

Aktif sebagai atlet kepada tiga jenis sukan iaitu bola jaring berkerusi roda, sukan marathon serta gusti, Kacey McCallister adalah bukti sebenar ‘dimana ada kemahuan di situ ada jalan’.

Melalui video yang dimuat naik di Youtube, Kacey turun bertanding berdepan dengan kelompok-kelompok manusia yang cukup sifatnya dalam acara marathon, mirip kepada kejohanan mara lasak Iron Man.

Kacey bukan dilahirkan sebagai seorang Orang Kelaianan Upaya (OKU), sebaliknya dia kehilangan ‘nikmat’ berjalan pada usianya 6 tahun setelah terlibat dalam kemalangan ngeri. Menerima kecederaan teruk pada kedua-dua belah kaki, keputusan sukar harus dibuat, kaki Kacey perlu dipotong.

”Hidup saya tidak pernah menjadi mudah. Sejak usia kecil lagi saya mengerti bahawa kehidupan bukan mengenai kelangsungan, sebaliknya mengenai pengisian.

”Sebelum kemalangan, saya sudahpun mengenal dunia penuh cabaran dan selepas kemalangan saya tidak pernah terfikir saya mampu melakukan sesuatu yang mustahil.

”Mampu melakukan perkara yang susah menjadi motto hidup saya. Maksud saya, siapa yang boleh membayangkan saya mampu menamatkan larian lasak sejauh 50 batu, berjaya menyertai Kejuaraan Gusti Kebangsaan dan menyertai Eagle Scout?

”Ibu saya pernah berpesan selepas saya terlibat dalam kemalangan, jika saya mahu melakukan sesuatu dengan keadaan diri sebegini, saya perlu mencari caranya sendiri.

”Di sepanjang hidup saya, banyak sebenarnya kegagalan yang saya hadapi. Tetapi terus mencuba membuatkan kita menjadi semakin kuat.

”Cabaran menolak kita ke tempat yang lebih tinggi. Jika kita tidak pernah merasa susah dan cuba mengatasinya, potensi diri tidak dapat dipenuhi. Untuk saya, saya cuma kehilangan kaki, bukan segala-galanya,” kata Kacey.

Saksikan kesungguhan Kacey untuk menamatkan cabaran marathon melalui video dibawah.

Sumber : Siakap Keli