Luar Negara

Tembak Isteri Hingga Mati Selepas Orang Kampung Kata Dia Sudah Bernikah Di Luar Negara

By  | 

KISAH GAUN PENGANTIN PUTIH ( Jhinerose Jinnol) :

Seorang wanita yang di tembak mati suaminya, wanita ini dikatakan mempunyai suami dan bekerja di Luar Negara ( Arab Saudi ).

Setelah balik dari negara tempat dia bekerja. Wanita ini di fitnah oleh orang sekelilingnya kononnya berkahwin dengan lelaki lain, difahamkan ada yang cemburu disebabkan wanita ini berjaya dengan kerjayanya di luar negara.

Sedangkan dia pulang ke tanahair sebab sayang dan rindunya terhadap suaminya.

Namun, Suaminya lebih percayakan fitnah orang lain ( Allahualam ) dan wanita ini berkata terhadap suaminya “adalah lebih baik aku mati di tangan mu sekiranya kau lebih mempercayai fitnah orang”. Dan suaminya bertindak membunuh wanita ini dengan tembakan pistol.

Akan tetapi sebelum itu, wanita ini meminta untuk menunaikan solat dahulu dan memakai pakaian gaun pengantin putih waktu perkahwinan dengan suaminya.

Di tengah-tengah pekat malam, di tepi lubang tanah yang sedia untuk menguburkan riwayat wanita ini, kesunyian pecah dengan bunyi tembakan pistol.. Tetapi wanita ini masi berdiri dan memanggil2 nama suaminya.

Tembakan kedua berbunyi lagi, wanita ini masih gagah berdiri dan sayu melihat wajah suaminya yang masih memegang pistol dan akhirnya tembakan ketiga dilepaskan.. Rebah la sekujur tubuh wanita yang memakai gaun pengantin putih dikeheningan malam.. Mati di tangan suaminya kerana fitnah! 
( Allahualam )

Sumber : Ramai yang mengatakan kejadian ini berlaku di Selatan Filipina selepas mendengar bahasa yang digunakan ketika video tersebut dimainkan.

Didapati secara bertulis melalui post2 masyarakat setempat beserta video2 yang tak dapat sa kongsikan. Benar atau tidak bukan urusan kita menghakimi mereka sedangkan saya cuma menyampaikan mesej yang ada dalam kisah benar ini. Iaitu bahayanya FITNAH! – SABAHPOST