Semasa

Tengah Proses Cerai Dengan Isteri, Dalam Diam Sempat Cabul Anak 5 Tahun

By  | 

Tergamaknya ayah…”

Mungkin itu yang bermain di fikiran kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun di Hulu Terengganu selepas dia terpaksa menjadi tempat pemuas nafsu si bapa.

Gambar hiasan

Menurut Harian Metro, perbuatan terkutuk suspek berusia 50 tahun terbongkar lepas anaknya buka mulut kepada ibunya. Ahad lalu, ketika berada di rumah dekat Besut, mangsa menceritakan apa yang telah berlaku kepada ibunya.

Difahamkan, suspek telah bertindak mencabul anak perempuannya itu ketika berada di bawa jagaannya pada Hari Raya Aidiladha baru-baru ini. Mangsa yang merupakan anak sulung daripada 2 beradik kemudian dibawa oleh neneknya ke klinik untuk menerima rawatan.

Gambar hiasan

Mangsa juga mendakwa suspek turut memintanya merahsiakan perbuatan terkutuknya dan mengugut akan memukul ibunya (isteri suspek) jika kejadian itu diketahui orang lain.”

Kedua-dua ibu bapa mangsa dikatakan sedang dalam proses perceraian dan mereka berdua mengambil giliran untuk menjaganya. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos, ibu mangsa telah tampil di Balai Polis Kuala Berang untuk membuat laporan pada Isnin lepas, 19 Ogos.

Pihak polis kini menunggu keputusan laporan perubatan dan suspek kini ditahan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan kerana perhubungan seks dengan objek.

Apalah yang ada dalam akal fikiran dia waktu nak cabul anak tu? Budak tu baru 5 tahun kot!!!!

LOBAKMERAH