Semasa

Tertekan isteri merajuk & keluar dari rumah, lelaki maut selepas terjun dari tingkat 19

By  | 

Penduduk di Kondominium Mutiara Bandar Perda, Bukit Mertajam malam tadi digemparkan dengan kejadian seorang lelaki bertindak terjun dari tingkat 19. 


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.20 malam tadi, lelaki berusia 46 tahun itu disahkan maut serta-merta dan mayatnya ditemui dalam keadaan terlentang dan kepalanya pecah. 


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, siasatan awal mendapati mangsa sebelum itu berselisih faham dengan isterinya. 


Tertekan dengan isterinya yang merajuk dan keluar dari rumah meninggalkan dia, lelaki itu kemudian terjun dari tingkat 19. 


Menurut saksi, isteri mangsa keluar dari kediaman mereka bersama anak berusia 12 tahun pada jam 2 petang semalam. 


“Lelaki terbabit dikatakan tidak dapat mengawal perasaan dan mengambil tindakan nekad dengan terjun melalui tingkap kira-kira enam jam selepas isteri dan anak keluar daripada rumah berkenaan,” katanya. 

Polis terpaksa memecah masuk rumah lelaki itu yang berkunci dan siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan mangsa dipercayai terjun melalui tingkap yang terbuka. 


Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat. 


Sumber: Harian Metro, Penang Kini

THEREPORTER