Semasa

“Tolong bertahan Aysar”

By  | 

Ayah mana yang mahu lihat anaknya hidup dalam kesusahan? kesakitan, keperitan mahupun penderitaan.

Seperti juga lelaki ini, yang masih tidak putus harapan mengharapkan keajaiban untuk anak yang dikasihi.

Tanggal 13 Mac 2019 pastinya satu tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh Nassar Sanusi dan isterinya apabila tarikh itu cahaya mata kedua mereka Aysar Nasri lahir ke dunia dalam keadaan sihat, namun 2 bulan kemudian segalanya mula berubah…

Ini kisah yang diceritakan kepada Lobak Merah

Putera kami Aysar Nasri Bin Muhammad Nassar telah selamat dilahirkan pada 13.3.2019 jam 5.30 petang.

Sumber: Instagram

Anak kedua iaitu Aysar Nasri telah dilahirkan pada 13/3/2019 dengan keadaan sihat, namun telah 2 bulan kuning/jaundice naik semula. Setelah di referkan kepada pakar di Hospital Pantai KL, pada 16/5/2019 Aysar disahkan menghidap penyakit Biliary Atresia iaitu rare disease menyebabkan kegagalan fungsi hati.

Aysar jalani kasai, perlu pembedahan segera

Pembedahan segera dijalankan di Pantai Hospital dengan kos RM50k untuk menyelamatkan Aysar.

Sumber: Instagram

18/5 – Baby Aysar Nasri Bin Muhammad Nassar telah selamat menjalani 6 jam pembedahan Kasai (biliary atresia). Kepada bakal2 parents boleh google penyakit biliary atresia untuk buat anda lebih faham dan bersedia.

Sekarang Aysar ditempatkan di NICU dan tidak boleh dilawati.

Sama ada pembedahan ini berjaya atau tidak ia bergantung kepada keadaan/perkembangan hati dan hempedu Aysar selepas pembedahan ini.

Sambut Hari Raya dengan Aysar di hospital

Sumber : Instagram

5/6 – Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin.

Ramadan yang sangat menguji kami sekeluarga dengan ujian sakit kepada Aysar Nasri. Namun dengan doa dan sokongan keluarga dan kawan-kawan memberikan kekuatan kepada kami berdua.

Aysar masih ditempatkan di hospital paling kurang 10 hari lagi dan masih belum boleh dilawati untuk mengelakkan jangkitan hatinya lambat sembuh.

Yeayy! Aysar dah discharge dari hospital, hati Aysar dah kurang bengkak dan jangkitan dapat dikawal

Sumber: Instagram

17/6 – Alhamdulillah Aysar dah boleh discharge hari ni setelah hampir 3 minggu di PPUM.

Hati Aysar dah kurang bengkak dan jangkitan dapat dikawal. Terima kasih kepada semua di atas doa dan sokongan. Buat masa ini, Aysar masih perlu rawatan susulan dan pemerhatian rapi.

Untuk tempoh 2 tahun ni pesakit Biliary Atresia (BA) macam Aysar akan mudah dijangkiti virus dan menyebabkan Aysar diwadkan paling kurang 2 minggu. Jika tidak dikawal, jalan terakhir adalah liver transplant yang cuba dielakkan.

Aysar warded again

Sumber: Instagram

4AM 3/9/2019 Adik warded again. Stay strong my lil son.

Sumber: Instagram

5/9 – Jangkitan Hati Kali Ke-3. Ini lah ujian anak-anak Biliary Atresia. Senang kena jangkitan hati dan hospital jadi rumah kedua.

Betul. Lain orang lain ujiannya. Bila diuji dekat anak2 ni, berat dia berganda. 😩

Masa semakin suntuk, perlukan RM120,000 untuk selamatkan Aysar!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Aysar Nasri Bin Muhammad Nassar telah disahkan menghidap Biliary Atresia iaitu penyakit hati kronik/ kegagalan fungsi hati semasa berumur 2 bulan dan telah menjalani pembedahan Kasai untuk membuang hempedu serta menyambung usus kecil kepada hati.

Selepas pembedahan tersebut, Aysar Nasri telah dimasukkan ke wad disebabkan jangkitan hati sebanyak 3 kali dan telah disahkan oleh Pakar Kanak-Kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) perlu menjalani pemindahan hati dengan segara pada 23 Oktober 2019 ini.
Insya Allah, saya akan menjadi penderma hati kepada Aysar Nasri.

Disebabkan masa yang agak suntuk untuk pemindahan hati ini, saya Muhammad Nassar Bin Sanusi bapa kepada Aysar Nasri dengan rendah diri memohon bantuan rakyat Malaysia untuk memberikan sumbangan seikhlas hati untuk membantu mengumpul dana bagi menampung kos pembedahan berjumlah RM120,000 di PPUM.

Doa daripada anda juga sangat diharapkan supaya pemindahan hati ini berjaya dan Aysar Nasri sihat seperti kanak-kanak yang lain.

Perlu kumpul dana segera, pembedahan perlu dijalankan pada 23 Oktober ini

Nassar memohon keprihatinan dan sumbangan rakyat malaysia supaya dia dapat mengumpul dana bagi menampung kos pembedahan Aysar.

Hulurkan tangan, ringankan beban.

Kepada korang di luar sana yang ingin menyumbang, sumbangan boleh diberikan melalui akaun:

514150454871 (Maybank) Muhammad Nassar Sanusi atau boleh hubungi di talian 0132052549. Semoga sumbangan korang boleh meringankan beban yang ditanggung keluarga Aysar.

LOBAKMERAH