Semasa

Tragedi berdarah lima beranak

By  | 
Kesan darah jelas kelihatan pada lantai rumah Mogan selepas tiga anaknya ditetak sekumpulan samseng dalam kejadian di Kampung Kuala Temekah dekat Kuala Ketil semalam.

Baling – Lima beranak terpaksa melalui mimpi ngeri apabila rumah mereka dikepung lebih 20 lelaki bersenjatakan parang yang kemudian menetak tiga daripadanya hingga mengalami kecederaan dalam kejadian di Kampung Kuala Temekah dekat Kuala Ketil di sini semalam.

Kejadian pada pukul 1.40 pagi itu berlaku ketika keluarga R. Mogan, 54, sedang tidur di dalam rumah tersebut. Mogan merupakan orang kelainan upaya.

Mengimbau semula kejadian itu, Mogan berkata, dia terus terjaga sebaik terdengar bunyi bising apabila cermin tingkap rumahnya pecah selain kereta dan motosikal miliknya turut dirosakkan. – K!Online